Tuesday, 12 February 2013
kisah si pencuri dan pemberi buah apple
Kisah ini berkisar tentang seorang pencuri yang bernama aziz (bukan nama sebenar). dia ni miskin la tersangat... ada family yang mau dı jaga lagı.. bini dia pun suruh dia balik pegi cari kerja kat mana-mana je yang ada..
Dia pun pegi la cari kerja.. penat tu cari kerja x dapat-dapat juga.. teringat kat anak bini di rumah nanti mati kelaparan.. jeng jeng jeng.. ceh.. itu dia.. dia pun pegi la mencuriii.... mencuri makanan paling dia suka.. yela.. nak jaga anak bini dia. nanti mati susah la pula kan.. tak ada tempat nak bermanja pula nanti..
suatu hari... time dia pilih pilih nak masuk rumah siapa pula nak mencuri ni... tiba tiba dia nampak rumah seorang lelaki yang bercahaya lampu.. dia pun pegi la mengintai apa yang lelaki tu buat. lelaki tu sedang berdoa kepada Allah S.W.T berikan dia rezeki supaya dia sentiasa sihat untuk beribadat kepada Allah.
si pencuri pun masuk ke rumah itu dengan niat baik. bukan dengan niat hendak mencuri. niat mahu tahu apa yang lelaki tu doa sampai dapat rezeki. lelaki yang kuat beribadat tu pun jemput dia masuk rumah dan lelaki itu beri half apple dengan pencuri tersebut..
TETAPI.... tiba-tiba.. kedua-dua lelaki itu mati. si pencuri masuk syurga. dan si pemberi buah apple masuk neraka. tahu kenapa? sebabnya........ kisah di sebalik itu...
lelaki yang kuat beribadat itu. hari hari berdoa kepada Allah berikan dia rezeki. Allah pun beri dia rezeki. hari hari Allah beri dia sebiji apple dengan magiknya.. tetapi.. bila si pencuri itu datang rumahnya sebagai tamu. Allah beri lelaki itu DUA biji apple. tapi lelaki kuat beribadat tu jadi tamak. dia sembunyi sebiji apple tu. sebiji lagi dia belah dua. half untuk dia. half untuk si pencuri itu. kerana dengan perbuatan itu.. Allah murka dengan lelaki kuat beribadat itu. Dan.. Allah ampunkan dosa lelaki pencuri itu kerana lelaki itu mencuri sebab mahu jaga keluarganya.. bertanggungjawab la katakan.. kepada lelaki lelaki di luar sana.. jagalah keluarga anda. keluarga tu amanah Allah..
P/S: Allah itu Maha Memahami HambaNya....
cerita ini di ceritakan oleh +Kadir Altındağ ....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment