Pada suatu hari ketikamana abu nawas sedang duduk di dalam satu majlis bersama raja, maka si raja mahu mempermain-mainkan abu nawas.
Lalu raja pun berkata kepada abu nawas ''Wahai abu nawas, bolehkah engkau mengajarkan kepada keldai ku supaya ia dapat membaca dan juga menulis?''. Abu nawas berfikir sejenak, kemudian abu nawas mendapat satu ilham, lalu abu nawas berkata kepada kepada sang raja ''Baiklah, aku akan mengajarnya tetapi aku mengambil sedikit masa iaitu paling kurang sepuluh tahun.'' Maka si raja pun bersetuju atas apa yang telah abu nawas perkatakan kepadanya. Dan si raja juga akan membayar kepadanya upah sepanjang tempoh tersebut. Setelah selesai perbincangan, abu nawas pun terus keluar dari majlis itu, tiba-tiba salah seorang kawan abu nawas datang menghampirinya serta berkata ''wahai abu nawas, kamu ini bodohlah! bagaimana kau boleh bersetuju dengan pekerjaan tersebut?'' lalu abu nawas pun menjawab ''kamu fikir sepanjang sepuluh tahun ini boleh jadi aku terlebih dahulu mati. atau pun si raja yang akan mati dulu. atau pun si keldai tadi yang akan mati dulu, maka kamu rasa siapakah di antara kami ini yang bodoh?''
No comments:
Post a Comment