Pages

Saturday, 16 February 2013

Abu nawas - begitu cepat sekali

Abu nawas telah berkahwin dengan seorang wanita. Bila sahaja sampai hari ke lima selepas perkhawinan mereka, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu isterinya telah melahirkan seorang anak.
Bila abu nawas dapat tahu terus dia tergesa-gesa berlari menuju ke sebuah kedai menjual alat-alat tulis di pasar.

Dia membeli sekeping papan hitam serta beberapa batang kapur tulis. Melihatkan yang demikian orang ramai merasa pelik lantas bertanya kepadanya ''wahai abu nawas! mengapa kamu beli ini semua?''
Abu nawas menjelaskannya dengan tenang... ''sesungguhnya barangsiapa yang lahir dalam masa 5 hari, maka  dia akan dapat menulis serta membaca dalam masa 3 hari pula!''

No comments:

Post a Comment